FAKHRUL ANWAR BIN
AHMAD AFFANDI
From Simpang Renggam, Kluang to boardrooms across Asia Pacific .Three decades shaping auditors, leaders, and organisations that refuse to settle.
STORY
DARI BANDAR KECIL KE
PENTAS BESAR
Beliau dilahirkan di Simpang Renggam, Kluang, Johor.Berkelulusan Sarjana Muda Sains, Bsc (Kepujian) dalam Kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Train the Trainer dari Dale Carnegie Leadership Center , Manila . Sarjana Pengamal Psikologi , Neuro Semantic – Neuro Linguistic Programming, Hipnosis, Time Line Theraphy dari Institut Neuro Semantic, Amerika Syarikat.
Merupakan Mantan Vice President 3 , MSOSH bagi sesi 2020/22. Pengerusi untuk MSOSH Award pada Tahun 2018 dan telah menyumbang dalam dunia OSH sejak tahun 1997.
Seorang Tutor Utama (Lead Tutor) di Malaysia (Pengajar Bertauliah untuk Lead Auditor / Auditor IRCA (INTERNATIONAL REGISTERED for CERTIFICATED AUDITOR ) yang di iktiraf di peringkat antarabangsa. Merupakan Lead Auditor kepada 5 Standards antarabangsa termasuk ISO 45001.
Telah mengaudit lebih daripada 1000 syarikat-syarikat dalam Rantau Asia Pasifik (APAC) . Lebih dari 15,000 orang telah menghadiri seminar dan sesi latihan beliau di rantau Asia Pasific terutamanya di MALAYSIA, AUSTRALIA, KOREA,
THAILAND, SINGAPURA DAN BRUNEI .
Mantan jurulatih, pembangun modul dan panel pemeriksa bagi NIOSH , penyampai di COSH 2011- 2013, Jemputan Penceramah Motivasi untuk JKKP dan Majlis Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan Negara .